
Menurut lagenda, tulisan Cina telah direka oleh Cangjie (c. 2650 SM), seorang bangsawan yang telah berkhidmat dengan Maharaja Huangdi. Pada suatu hari, Cangjie sedang memburu di Gunung Yangxu (kini Shanxi), dan terserempak dengan seekor penyu dan amat kagum dengan urat saraf yang terdapat di penyu tersebut. Dia mendapat ilham bahawa bentuk urat saraf itu mengandungi makna tersembunyi yang lojik dan disebabkan itu telah mempelajari mengenai haiwan-haiwan di dunia, susunan bentuk bumi dan tumbuhan dan bintang-bintang di langit. Daripada ini semua, dia berjaya menghasilkan sebuah sistem tulisan simbolik yang dipanggil zi (字) -- aksara Cina. Lagenda juga mengatakan bahawa pada hari tulisan Cina diciptakan, orang ramai telah mendengar makhluk jahat meraung dan hasil tanaman gugur ke tanah seperti hujan, menandakan kelahiran sebuah tamadun, untuk baik dan jahatnya. Terdapat berbagai gaya, atau skrip, dalam penulisan aksara Cina yang berasal daripada pelbagai model kaligrafi dan sejarah. Kebanyakannya berasal dari China dan kini kerap digunakan, dengan perubahan kecil, di kesemua negara di mana aksara Cina digunakan. Aksara-aksara ini digunakan sejak lebih 3,000 tahun dahulu.
Terdapat juga gaya kaligrafi yang direka di luar China, seperti gaya Edomoji di Jepun; skrip-skrip sedemikian selalunya terhad penggunaannya dalam negara asalnya dan tidak disebarkan ke negara lain seperti mana yang dilalui skrip-skrip piawai di atas.
Purba
|
Makna
|
||||
人
|
—
|
rén
|
manusia
|
||
女
|
—
|
nǚ
|
wanita
|
||
子
|
—
|
zǐ
|
anak
|
||
日
|
—
|
rì
|
matahari
|
||
月
|
—
|
yuè
|
bulan
|
||
山
|
—
|
shān
|
gunung
|
||
川
|
—
|
chuān
|
sungai
|
||
水
|
—
|
shuǐ
|
air
|
||
雨
|
—
|
yǔ
|
hujan
|
||
竹
|
—
|
zhú
|
buluh
|
||
木
|
—
|
mù
|
pokok
|
||
馬
|
马
|
mǎ
|
kuda
|
||
鳥
|
鸟
|
niǎo
|
burung
|
||
龜
|
龟
|
guī
|
penyu
|
||
龍
|
龙
|
lóng
|
naga
|
Komentar
Posting Komentar